Home / Berita Terkini / “AXA HEARTS IN ACTION RUN 2017” Sasar 8,000 Peserta!

“AXA HEARTS IN ACTION RUN 2017” Sasar 8,000 Peserta!

IMG 002
Yeap Chong Wei, Pengurus Besar Pemasaran WWF-Malaysia; Omna Sreeni-Ong, Setiausaha Agung Kehormat NCWO; Shynta Rina Yoernal, Ketua Kewangan WWF-Malaysia; Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan Bankasurans AXA AFFIN General Insurance; Chua Hong Wee, CEO NKF dan Monica Tan, Ketua Pembangunan Sumber WVM, menandatangani memorandum perjanjian.

Kuala Lumpur, 21 Jun 2017 – AXA AFFIN Malaysia mengumumkan pelancaran AXA Hearts in Action Run 2017, yang akan dianjurkan pada 24 September 2017 di MAEPS, Serdang. Ini adalah tahun ketiga berturut-turut AXA AFFIN menganjurkan acara larian tersebut. Pada 2016, ia menarik lebih 7,000 peserta dan menyumbang RM110,000 kepada WWF-Malaysia. Tahun ini, AXA AFFIN berhasrat untuk memberi sumbangan kewangan kepada empat (4) pertubuhan amal (NGO) di Malaysia, termasuk WWF-Malaysia (benefisiari pada tahun 2015 dan 2016), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) dan World Vision Malaysia (WVM). Dengan menyertai acara ini, peserta bukan sahaja akan dapat mengisi hari yang sihat bersama keluarga dan kawan-kawan, tetapi pada masa yang sama, membantu empat pertubuhan tersebut, kerana sebahagian daripada hasil kutipan akan digunakan untuk menyokong pelbagai inisiatif dan projek yang akan dilaksanakan oleh mereka.

Peserta akan dapat memperlihatkan sokongan mereka kepada usaha amal pilihan mereka dengan memilih satu daripada lima warna baju T yang berlainan, setiap satu mewakili lima perjuangan:

IMG 001

  • Hijau – untuk mereka yang menyokong perlindungan alam sekitar
  • Oren – untuk mereka yang menyokong perlindungan hidupan liar
  • Kuning – untuk mereka yang menyokong gaya hidup sihat dan menentang penyakit
  • Merah Jambu – untuk mereka yang menyokong kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita
  • Biru – untuk mereka yang menyokong pendidikan kanak-kanak dan perjuangan menentang kemiskinan kanak-kanak

Lokasi acara tahun ini, MAEPS adalah taman agro terbesar di Asia. Peserta akan dapat mendekati alam semula jadi dan menikmati keindahan landskap sepanjang laluan larian. AXA AFFIN menetapkan sasaran untuk menarik 8,000 peserta dan mengumpul RM150,000 untuk menyokong lima perjuangan. Acara dibahagi kepada dua kategori:

  • 12KM (Lelaki & Wanita): RM65 setiap peserta
  • 6KM (Lelaki & Wanita): RM55 setiap peserta; (kanak-kanak umur 3-12): RM35 setiap peserta

Rakan kerjasama dan penaja AXA Hearts in Action Run 2017 termasuk Brooks, Quill City Mall, Nestle Fitnesse, AXIS Physiotherapy, Urban Health dan Running Malaysia.

AXA Hearts in Action Run_Event Poster

Pendaftaran untuk AXA Hearts in Action Run 2017 kini dibuka di www.heyjom.com/axa. Segeralah mendaftar sekarang, kerana 2,000 peserta awal yang mendaftar akan menerima baju T larian dengan cetakan nama mereka!

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web AXA AFFIN – www.axa.com.my atau e-mel [email protected]. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui laman Facebook AXA AFFIN Malaysia.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!